aku tak pernah meminta apalagi melutut untuk
mendapatkan sesuatu
aku cuma minta sesuatu melalui anak mata yang
menginginkan seseorang untuk memahaminya
tak perlu banyak hanya sesuku itu sudah cukup bagi aku
aku tak pernah salahkan sesiapa jauh sekali menuding jari
kerana aku juga punya kelemahan
kadang-kadang aku juga terlupa untuk memahami dan
mengenalinya..
aku tidak pakar dalam hal itu
tapi aku boleh membaca apa yang dirungutkan dalam hati
dia...
tapi cukup sekadar ia berlegar diruang kepala aku biar tuhan
saja yang tahu..
aku akan cuba mengikut rentak dan kemahuan dia
tapi pernah kah dia mendengar dan menghayati segala
rintihan dan tangisan yang sering aku nyanyikan
pernahkah dia cuba mentafsir dan mencari maksud
disebaliknya
mungkin dia tidak pernah ambil kesah atau aku yang tidak
pernah tau
kadang-kadang virus jaht datang menguasai dan mengganggu
sistem saraf dan otak
menjadikan aku letih dan penat adakala aku abaikan
sehinggakan aku perlukan bantuan pernafasan
persoalan tanpa jawapan yang sering mumcul di layar
fikiran
adakah aku diperlukan atau aku hanya sekadar permainan
aku sudah mula menerima dn tabah menghadapinya
walaupun masih belum aku lalui sat-saat itu
supaya aku bersedia apabila aku sudah dapatkan
satu jawapan mudah
tanpa air mata tanpa senyum terpaksa mungkin jua tanpa
membutakan mata atau membatukan hati
aku belajar untuk tidak menjadi lemah aku belajar untuk
menjadi kuat tanpa bergantung
aku cuma perlukan seseorang untuk memimpin dan memberi
kata semangat ketika aku jatuh terlentang
tak perlu memberikan layanan istimewa hanya perlu
menyediakan aku satu ruang kecil sudah cukup buat aku
rinloveslicious
